Tuesday 11 September 2012

Pro Forma Kursus


Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

 
Tajuk 1        ( 6 jam )
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Tajuk 2        ( 6 jam )
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. 
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


Tajuk 3        ( 6 jam )
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet 
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

 Tajuk 4        ( 6 jam )
  Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa 
  • Memilih bahan bidang ilmu lain
 Tajuk 5        ( 6 jam )
Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
Tajuk 6        ( 6 jam )

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear 
  • Struktur Rangkaian
Tajuk 7        ( 6 jam )
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. 
  • Membina bahan
 Tajuk 8        ( 6 jam )
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian. 
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.
Tajuk 9        ( 6 jam )
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa
Tajuk 10        ( 6 jam )

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
  • Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
  • Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
  • Membina bahan video dan audio
  • Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
Tajuk 11        ( 6 jam )

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.
Tajuk 12        ( 6 jam )
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah .
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan.

Tajuk 13 (6 jam)
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint.
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet.
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan.
  Tajuk 14   (6 jam)

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu

  • Tajuk 15        ( 6 jam )
    Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
    • Mengadakan seminar
    • Mengadakan pameran
    JUMLAH          90 jam
    Mengadakan pameran  Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran